Assalamualaikum wbt.
Banyak benda aku terlepas dalam masa dua hari ini. Disebabkan demam panas berserta pakej lengkap batuk dan selesema, aku tak dapat ucap selamat tahun baru pada teman serumah tepat jam 12. Dan waktu itu, aku masuk tidur sebelum jam 12. Aku mula demam pada 31 Disember sampai aku tak tahu nak buat apa. Terbaring saja atas katil. Sekejap - kejap, duduk. Suhu badan waktu itu kejap naik, kejap turun. Bila dah malam tu, aku terpaksa minta bantuan KS (tukang urut kita) untuk urutkan kepala aku. Lega sedikit. Tapi malam itu, aku terbangun - bangun. Tak selesa nak tidur. Tekak kering. Terpaksa minta sikit air mineral Diba. Hehe.. Macam apa je malam - malam mengendap kat tempat orang ambil air.
Masuk hari kedua, aku bangun awal sebab ada kawan aku nak balik Malaysia. Biasanya kami di sini kalau ada yang mahu balik Malaysia, kalaupun tak hantar sampai airport, kami akan hantar sampai teksi yang disewa untuk ke sana. Teksi mereka pagi, jadi aku bangunlah pagi. Mula - mula terasa macam dah sihat. Cuma batuk sikit - sikit dan selesema. Tapi menjelang tengahari tu, badan mula tak sedap. Asyik tidur saja kerja aku. Bangun pun hanya untuk solat. Hurm.. Inilah masa paling lama aku pernah demam. Dah macam - macam ubat aku makan. Haha. Makanan paling berat aku makan sepanjang dua hari ini adalah bubur nasi. Terima kasih pada housemates yang memang ternyata mengambil berat sangat - sangat.
Dalam masa dua hari ini, aku terlepas :
1. Sambutan tahun baru 2009
2. Pergi ice skating dengan kawan - kawan
3. Dari melakukan rutin seharian aku e.g. berborak - borak dengan kawan - kawan, tengok berita terkini, etc.
4. Untuk post entri pada 1 Jan 2009
5. Untuk menelefon rumah disebabkan aku tak bangun dari katil, dan suara aku masa tu bertukar. Tak nak bagi Emak risau. Haha
Tapi, dalam masa dua hari ini, aku dapat :
1. Melihat siapa yang sebenar - benar sahabat. Alhamdulillah, semua sahabat di sekeliling aku aku adalah benar - benar sahabat.
2. Makan bubur percuma, sedap bubur tu walaupun kosong. Dan minum teh madu yang sedap. Habis aku minum. Hehe..
3. Habiskan dua peket tisu dek kerana selesema.
4. Tidur extra lama. Sampai pening kepala den.
5. Mimpi macam - macam. Nasib baik tak mengigau malam - malam.
Apa pun, harapnya aku ok la lepas ni. Waktu sejuk - sejuk gini senang kena demam. Jadi, nasihat aku, kamu itu jagalah kesihatan.

11 comments:
salam tok ketua, semoga cepat sembuh ye. kronik benar suara ko time judin call smlm. ok, take care.
Salam, kena jaga kesihatan. Kata nak jalan2 (wink2).
Patut la tak jumpa muka wanie kat gambar ice skating KS tu.Demam rupanya ye. Sekarang dah ok ke? Jaga diri ye..moga cepat sembuh.
salam
lelaki misteri : alhamdulillah, demam dah kebah. Batuk dengan selesema saja yang tinggal. terima kasih.
Mia :Tadi dah telefon mak. Mak pon terkejut suara aku jadi sengau. Haha..
Akak : Hehe.. Tu la, semalam kena tinggal kat rumah. Kalau wanie ada, mesti gambar wanie paling banyak. Haha..
Syukurlah adik wani dah makin sehat..Nnti kalau housemate tu sakit adik wani pun kena jaga mereka juga tau...itulah erti manisnya bersahabat dan berkawan di perantauan kan..dah baik betul? jgn. lupa sujud syukur ye..
salam.
Habiha :insyaAllah. insyaAllah saya tak lupa.
Assalamualaikum...tumpang lalu...Selamat Tahun Baru 2009.
WK : waalaikummussalam. Silalah. Selamat Tahun Baru 2009.
Semoge cepat2 sembuh... Aamiin.. =)
smoga cepat sembuh 8_*
salam
Firdaus : Terima kasih. Spasibo.
Firdaus gak : Thank you. Syukran.
Post a Comment