Assalamualaikum wbt.
Dua hari lepas, aku keluar makan dengan KS. Itu tanda kami tak masak. Dan hari itu aku pakai jaket winter aku. Lama sudah baju tu. Warna krim. tapi sekarang dah tak rupa warna krim dah. Dah jadi kuning - kuning sikit. Baju itu aku beli sewaktu jualan murah musim sejuk tahun dua dulu. Selalu aku pakai, sedang elok saja. Tapi hari itu aku pakai, terasa seperti longgar benar. Sampai tak dapat menahan angin sejuk. Kesejukan aku.
Beserta jaket itu, aku pakai kasut sukan. Warna yang sama dengan jaket. Tapi sekarang kelihatan seperti belacan. Mana taknya, meredah air salji yang mencair bercampur dengan lumpur, kasut pun sudah kekelabuan. Dan hari itu baru aku sedar satu benda. Rupanya dalam pada aku meredah lecak hasil pencairan salji, kaki aku terasa basah. Takkan sudah berlubang pula kasut aku ini. Kasut ini aku beli dua tahun yang lepas. Itulah saja kasut yang paling selesa aku pakai untuk musim sejuk. Tak berat sangat dan rupanya pun boleh tahan. Tapi bila terasa air masuk dalam kasut hari itu, aku sudah boleh mengagak. Takkan itu kali terakhir aku dengan dia?
Pulang saja rumah, tanggalkan kasut, tengok stokin sudah kotor. Sudah sah! Memang tapak kasut itu sudah haus dan berlubang. Tapi belum tahu lokasi tepatnya. Ingat mahu hantar saja pergi tukang kasut. Tapi sekarang biasalah. Malas mahu keluar ke mana - mana. Mahu dibuang, sayang masih terasa.
Salah aku juga. Memang la kasut itu kasut sukan. Tapi kalau semua keadaan pun aku main redah saja dengan kasut tu, akhirnya inilah nasibnya. Dulu masa ia masih elok, dengannya aku main, dengannya aku pergi ke kelas, dengannya aku berjalan dan berlari (berlari? Lari kejar apa?), dengannya aku ambil peperiksaan. Tapi mungkin bukan dengannya aku pulang ke Malaysia. Sebab kasut itu tebal. Dalamnya ada bulu, serupa macam winter boot. Kalau pakai di Malaysia, alamat berpeluhlah kaki eden.
Sekarang masih belum tahu nasibnya bagaimana. Kalau aku sayang ia lebih, aku pergi bawa dia jumpa doktor. Doktor kasut. Kalau kurang sikit, mungkin aku akan beli kasut baru yang lebih elok (ini mungkin tak sebab haritu baru beli kasut sukan putih. Ingat?) atau kalau aku lebih kejam, humban saja dalam tong sampah hujung koridor sana. Tapi aku mungkin akan menjadi sekejam itu lambat sedikit. Sebab, aku tak adalah kejam sangat. Hihi
** You can share any secrets with me Wanie - KS (You mentioned these words that night at dining table, didnt you, KS)
** I got a new hobby. These are all KS's fault. Blame her.. Hahaha. Once you suggested, I signed up right away. So, it is really because of your words KS. I just obey my sister's order! Hihi

5 comments:
Begitu berjasa kasut tu. Siap ade entry utk dia..:).
salam
Akak : Memang pun kak. Sebab tu tulis. Masa tulis tu, siap teringat lagi masa dulu kat sekolah buat karangan bibliografi tajuk Aku Sepasang Kasut. hihi
the new hobby must be plurking.. sah? hehe, beware of being addicted..! ^_^
U can always count on me. Even on the shoes' matter :p
salam.
Ainul : Itu salahkan ks. haha... ala, try je. tak tahulah akan addicted ke tak mcm blogging
KS : Yes, i know i can still and always count on u.
Post a Comment