Pages

Saturday, February 28, 2009

Pesanan Pendek, Padat

Assalamualaikum wbt.

Aku selalu saja ketandusan idea untuk bercerita. Tambah lagi ketika waktu sibuk begini. Bukan tidak mahu berkongsi berita, tapi kekangan masa yang ada tak mengizinkan aku berbuat demikian. Masa senggang yang sedikit itu aku sediakan untuk waktu tidur aku. Hehe. Tidur itu penting bukan?

Di Moscow, masih sejuk. Salji kadang turun, kadang tidak. Angin sejuk kadang bertiup, kadang hanya menyorok. Tapi rutin aku dengan kawan - kawan masih sama. Pagi keluar ke kelas, balik pula sudah petang. Dan malam pula mengaji. Itu rutin aku untuk sebulan ini.

Aku sihat. Makin sihat walaupun baru saja baik dari serangan selesema. Akhirnya aku berjaya berperang dengan selesema ini tanpa bantuan ubat! Dan Yes! Aku menang. Seminggu aku berperang nih. Hihi

Sekarang ini aku tak mahu jadi orang yang ketinggalan. Rasa macam nak ke depan saja macam orang lain. Walau apa yang berlaku, study mesti habis. 1st degree kena ada dalam tangan. Ini azam aku dalam masa 6 tahun.

**Azam aku ini sangat - sangat penting. Ini pesan Emak. Apa - apa hal, habiskan belajar dulu. Sebab pembiayaan hasil duit rakyat. Kita ini harapan mereka. Ye Emak, Wanie ingat.

Monday, February 23, 2009

Tag Dah Siap

Assalamualaikum wbt.

Award : The cutest blogger. Maaf lah Ainul, sebab tak letak gambar award tu. Kita link pada awak sajalah ye.

Orang yang dapat award ini perlulah menceritakan 10 fakta mengenai beliau dan senaraikan 10 orang yang akan menerima award ini. Hantar komen di blog orang yang akan mendapat award ini supaya orang itu boleh mengambil award.

Memandangkan aku ini seorang yang complicated, ada benda yang pelik, yang jarang dibuat dek orang lain, tapi aku buat. Nak tahu ke? Hurmmm.. Meh je la deknon dengar apa ambo mahu katekan. Keke..

1. Jarang aku bercerita tentang masalah peribadi dengan Emak. Aku selalu bercerita dengan kawan - kawan yang baik dan rapat dengan aku. Mungkin ada sesetengah perkara yang betul - betul penting baru aku akan berkongsi dengan Emak. Kalaupun tak ada kawan di sekeliling, aku akan berkongsi dengan kakak - kakak aku yang dekat rumah tu.

2. Dari dulu, sejak ada laptop dan internet 24 jam ini, aku selalu study bertemankan cerita apa - apa. Sebenarnya dari zaman aku sekolah menengah lagi. Tapi hanya pada cuti hujung minggu saja. Aku suka study depan tv, tapi tak tengok pun tv tu. Biar saja terpasang. Sekarang ini, kalau stay up malam - malam, aku pasang cerita hantu. Tak kisahlah hantu apa pun, sampaikan ada yang pelik, aku ni tak takutkah tengok cerita hantu seorang diri? Bukan tak takut, tapi aku tak pay attention pun pada laptop. Sekadar menjadi peneman ketika belajar.

3. Sejak akhir - akhir ini, aku selalu saja didatangi sifat buruk ini. Setiap kali ramai orang datang berborak di bilik aku, atau aku berada di kelompok ahli rumah aku yang boleh dikatakan ramai juga (6 orang termasuk aku), aku ada tendency untuk tertidur. Tak kisahlah sebising mana pun mereka bercakap, serancak mana mereka berborak, aku dengan nyenyaknya akan melayan indah mimpi - mimpi aku. Haha. Lawak bukan?

4. Aku selalu cuba untuk jadi kuat. Tapi dalam sesetengah kes, aku selalu kalah. Aku kalah dengan perasaan aku dan selalu menjadi orang yang ciwek. Hehe.. Tanya sajalah KS dan ahli rumah aku betapa teruknya aku kalau menangis.

5. Aku sangat mementingkan pendapat orang. Kalau aku mampu, aku sanggup mendengar dia bercerita sampai habis, walaupun sudah banyak kali dia bercerita tentang benda yang sama.

6. Aku tak pernah ada baju warna ungu kecuali baju kurung aku. Haha.. Selalu aku capai baju warna biru atau hijau saja sampai t - shirt aku penuh dengan warna itu saja.

7. Aku suka buat benda ini.

8. Cepat percaya pada orang. Tapi sekali orang itu buat perkara yang aku hilang kepercayaan pada dia, selamanya aku akan fikir dua tiga kali sebelum aku percaya padanya.

9. Aku tak suka pada orang yang berpura - pura. Depan cakap lain, belakang cakap lain. Harapnya aku tidak begitu.

10. Aku suka bercerita. Sebab itu, walaupun Ainul minta 10 saja, tapi kalau dicampur - campur dengan cerita - cerita sebelum ini, perkara tentang diri aku ni sangatlah banyak. Bukan semua pun orang sekeliling tahu. Hanya orang yang terdekat dengan aku saja boleh perasan.


**Selesema menyerang. Mandarin sudah habis. =(

Saturday, February 21, 2009

Bagaimana Tulisan Anda?

Assalamualaikum wbt.

Rindu mahu berkongsi cerita. Tengah dalam kesibukan rotation aku bulan ini, ada satu benda yang bermain dalam fikiran aku. Dan lawaknya, aku siap search lagi pasal isu yang aku terfikirkan ini. Cakap pasal tulisan atau handwriting, terus saja teringat pada tulisan para doktor yang bersambung - sambung. Siap tarik - tarik lagi. Hehe.

Kenapa Tulisan Doktor Buruk? Haha.. Lawak bukan? Benda sekecil itu pun, aku search. Mana taknya, ia sedikit sebanyak melibatkan diri aku. Dan apa yang aku jumpa, forum ILuvIslam yang kebanyakan ahli forumnya menyatakan bagaimana keadaan tulisan mereka. Dan salah satu moderatornya memberi pendapat bahawa tulisan ini menggambarkan keperibadian seseorang itu. Hurm. Ye la, aku pun ada juga teringat yang aku pernah terbaca tentang satu daripada cabang Psikologi berkenaan dengan tulisan ini. Tapi bukan hanya dengan tulisan saja kita boleh menilai keperibadian seseorang bukan?

Ini adalah hasil kajian pakar motivasi terkenal Dato Dr Hj Fadzilah Kamsah berkenaan dengan tulisan.

Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logikal)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang

iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah

iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Dari side aku pula, kenapa aku terfikir tulisan doktor ini buruk, sebab sepanjang aku belajar di sini, setiap kali datang lecture, lecturers mesti bentangkan slides atau memberi lecture dengan sangat cepat sampaikan hendak menulis pun tak menang tangan. Itupun sudah tulis berapa banyak short form yang sempat. Contohnya kalau ayat itu berbunyi : A stroke is the rapidly developing loss of brain functions due to a disturbance in the blood supply to the brain. Aku akan menulisnya begini : a stroke is d rapidly dvloping loss o brain fxns due 2 a disturbance in d bld supply 2 d brain. Punyalah kalau boleh mahu setiap perkataan itu dibuat dalam short form. Mungkin disebabkan tak sempat nak tulis cantik - cantik untuk menulis nota ketika lecture, membuatkan tulisan doktor ini sedikit buruk jika nak dibandingkan dengan orang lain.

Kalau macam aku, tulisan aku ini bukanlah cantik. Tapi cukuplah sekadar sedap mata aku menengoknya ketika aku revise. Aku punya obses dengan tulisan sendiri, sampaikan kalau guna nota orang lain, aku susah nak ingat. Aku kena tulis menggunakan tulisan aku sendiri dan interprete nota itu mengikut pemahaman aku.

Aku ni jenisnya pelik sikit. Kalau sewaktu lecture, tulisan aku tersangatlah buruk. Tapi kalau menulis nota sendiri, lawa la sedikit dari tulisan masa lecture tu. Ini bukan membangga diri tau. Kalau betullah tulisan itu menggambarkan keperibadian diri, nampaknya aku bukanlah orang yang berpendirian teguh. Tulisan pun boleh berubah - ubah.

Teringat dulu semasa belajar menulis darjah 1. Tulisan aku yang paling kemas. Kalau semasa sekolah agama pula, markah seni khat aku selalu saja tinggi. Tapi sekarang, hurm. Tulis jawi pun kadang - kadang saja.

Orang kata, kenapa tulisan doktor ini buruk, sebab dia selalu tulis laporan pesakit. Untuk tidak menakutkan pesakit, doktor menulis dengan tulisan yang langsung tak difahami. Kalau di klinik tu, prescription ubat pun tidak difahami. Mujur nurse yang jaga kaunter ubat itu arif dengan tulisan doktornya. Kalau disuruhnya kita ambil ubat sendiri, entah apa la agaknya jenis ubat yang kita ambil. Haha.

Wah. Ini macam mahu membalas dendam untuk hiatus yang lama. Datang menulis semula dengan satu isu Psikologi. Adus.

** Tulisan aku. Tekanan : Tak berapa kuat, tak berapa ringan. Bentuk : Tak berapa bulat. Kecondongan : Ke kanan. Kerapatan : Rapat sampai sambung - sambung. Pada huruf J, G, Y, Z : Panjang dan besar. Palang pada huruf T kecil : Kadang - kadang tinggi, kadang - kadang di tengah, tak pernah di bawah. Kalau di bawah, nampak macam pelik pula.
** Dulu aku pernah hampir mewakili sekolah dalam pertandingan tulis khat. Tapi atas kesalahan aku sendiri, ustazah aku terpaksa menarik penyertaan aku. Padan muka.
** Aku suka menulis. Tapi tulisan tak berapa cantik.

Saturday, February 14, 2009

Limau Mandarin

Assalamualaikum wbt.

Dalam masa sekarang ini, pada waktu yang aku sangat sibuk ini, ada satu perkara yang aku buat. Makan limau mandarin. Haha. Bunyi seperti kelakar. Tapi itu yang sebenarnya. Dan minggu ini saja, aku sudah habiskan 2 kilo mandarin. Dan yang aku makan sekarang masuk kilo ke - 3.

Satu, aku memang suka benar dengan mandarin. Kalau dulu, setiap kali Tahun Baru Cina, Emak mesti ada bawa balik satu kotak mandarin. Dan aku akan berebut dengan yang lain untuk dapatkan limau yang banyak. Haha.

Kedua, seperti limau lain, ia mengandung vitamin C. Jadi, ia berfungsi sebagai anti oksida. Untuk makluman lanjut : Vit C. Orang kata, ia boleh meningkatkan daya tahan badan. Dalam masa aku sibuk ini, dengan gaya tidur dan cara makan yang tak berapa nak betul, sekurang - kurangnya badan aku masih boleh bertahan untuk habiskan belajar.

**Tapi sekarang, aku terasa macam tak sedap badan pula. Ya Allah, janganlah beri demam.
**Salji turun pagi ini dengan lebatnya, sampaikan tudung yang aku pakai basah bila sampai di bilik.
**Senyum lebar untuk hari ini, esok, dan seterusnya. Jangan tensi - tensi. =)

Friday, February 13, 2009

Rumusan Satu Minggu. Rutin Satu Bulan.

Assalamualaikum wbt.

Seminggu sudah aku tak menulis. Tangan rasa gian mahu menaip, tapi hati menasihati akal supaya mengawal nafsu. Hati memujuk azam untuk jadi kuat. Akal mengawal diri untuk jadi rajin. Sampai hari Jumaat, aku jadi sedikit gembira. Pertama dapat merehatkan minda. Kedua dapat merehatkan badan. Ketiga dapat menulis sesuatu. Keempat dapat mengulang kaji pelajaran dengan lebih tenang.

Bulan ini aku belajar tentang segalanya. Walaupun baru seminggu, aku sudah terasa bila kah bulan ini akan sampai di penghujungnya. Setiap hari kelas aku bermula jam 9 pagi. Habis sekitar 4 atau 4.30 petang. Berjalan kaki ke kelas selama 20 minit, sebaik pulang, aku kepenatan. Sesudah solat Asar, menunggu waktu Maghrib. Dalam pukul 5.30 atau 6, aku mula terlelap. Dan bangun semula pada pukul 7.15 atau 7.30 malam.

Rutin harian aku bermula kembali seawal 7.45 atau 8 paling lewat. Kenapa? Sebab subjek yang aku belajar bulan ini memerlukan daya tumpuan yang sangat tinggi. Menterjemah buku Topography Anatomy yang ditulis dalam bahasa Rusia. Bayangkan, setiap malam aku membebel seorang diri, bercakap dalam bahasa rusia di depan meja belajar. Setakat ini, paling awal aku selesai belajar adalah jam 1.30 pagi. Dan paling lewat pukul 3.30 pagi. Kemudian tidur sebentar, bangun semula pukul 7.30 pagi (Subuh habis pukul 8 pagi) untuk bersiap ke kelas.

Aku tidak sempat ke mana - mana tempat yang jauh selain rumah dan kelas. Hatta mahu melawat KS, Fareena dan Fatt di bilik sebelah pun tak punya masa. Mereka saja yang datang melawat aku. Inikan pula mahu berbual - bual, bermesejan, berym dan ber'sms'an. Aku tak punya masa. Tapi aku seronok. Seronok berjumpa kawan - kawan. Seronok belajar tentang diri. Seronok walau sesibuk ini. Dan seronok kerana boleh beri tumpuan pada belajar.

Mungkin ini akan menjadi rutin harian aku bulan ini dan mungkin juga bulan hadapan.

**Ini bukan jadual aku saja. Kawan - kawan aku juga begitu.
**Minggu lepas, aku dapat sambal goreng tempe yang aku kirim pada Emak melalui kawan aku yang pulang ke Malaysia. Emak bagi 3 peket. Sepeket sudah licin.
**Paling pelik, aku sangat - sangat sibuk, tapi berat makin naik. Macam mana ni? huhu.