Pages

Friday, March 14, 2008

Aku yang penat.

Assalamualaikum wbt.

Salam kembali. Maaf kerana tidak update. Tiada cerita yang boleh dikongsi. Rasa macam merepek saja. Tiada point yang diutarakan. Sebab itu, aku buat keputusan untuk tidak kemaskini blog ni sehingga aku rasa aku ada sesuatu untuk dikongsi.

Hari ini hari terakhir aku belajar untuk minggu ini. Minggu hadapan banyak exam yang menunggu. Sepanjang satu hari ini aku berada di luar. Berbaju kurung hitam berbunga merah jambu. Berjalan dengan kasut Sketchers warna coklat. Sungguh tidak sepadan bukan? Tapi apa yang aku fikir, biarlah apa orang nak kata. Kita tidak pernah nak mempertikai apa orang lain pakai, jadi tidak perlulah orang sibuk - sibuk mempersoalkan apa yang kita pakai. Tidakkah begitu?

Balik rumah, badan terasa sangat - sangat letih. Sesudah solat Asar, aku ke dapur. Apa lagi yang boleh dibuat di dapur, makanlah. Tapi, makan pun sedikit daripada biasa, sekadar mengisi perut yang sangat lapar waktu itu. Takut kena gastrik. Lepas makan, duduk atas katil kesayangan (ewah..), entah bila pula mata aku nih tertutup. Tahu - tahu ada member kejut suruh solat Maghrib. Hai.. Lepas saja solat, sambung tidur. Hehehe..

Apa yang jadi pada aku hari ini bukanlah sesuatu yang menarik untuk dikongsi. Tapi aku hanya suka berbuat demikian.

~ Aku penat. Apa aku patut buat? Tidur? ~

PS : Selamat hari lahir (15 - 03 - 2008) yang ke -20 buat Mia yang kini berada di Adelaide, Australia. Semoga panjang umur dan murah rezeki. Juga buat Ummu Salmah Abu Bakar yang berada di Jordan.

3 comments:

Anonymous said...

kdg2.. yg kita rasa merepek tu le yg dtg ilmu pd org lain. asalkan bukan merepek bodoh udah lee..

penulisan blog ibarat satu masakan.

miashaf said...

salam, terima kasih!
*sebenarnya malu tengok gambar sendiri. gambar yg lagi cantik xde ke? muka belagak je.

Shazwani Adnan said...

salam.

CJ: hurm. kesimpulan yang sungguh bagus : Penulisan blog ibarat satu masakan

Mia: Sama2 kasih. Ni kan gamba yang ko bagi. aku dh xde gamba lain la.. Mana ada berlagak. cume tak senyum je