Pages

Saturday, March 8, 2008

Ayat Ayat Cinta

Assalamualaikum wbt

Maaflah kerana sudah lama tidak mengemaskini blog ini. Rasa seperti sudah berhabuk saja. Banyak saja halangan yang datang. Tapi tak mengapa. Aku ok saja di sini. Sihat. Cuma biasalah. Cuaca bukan cuaca khatulistiwa. Sudah pasti tidak berapa nak 'ngam' dengan kita orang Malaysia. hehe..

Banyak perkara berlaku dalam masa hampir 3 minggu ni. Malas mahu cerita semua. Tapi minggu lepas, aku ada menonton movie Ayat Ayat Cinta. Habislah mengalir semua apa - apa yang tak patut mengalir. Nak kata sedih, agak sedih. Mungkin aku terharu melihat pengorbanan Aisha untuk membenarkan Fakhri mengahwini Maria. Sebenarnya waktu itulah air mata ni mula nak bergenang. Tiba - tiba saja. Bukan dirancang pun. Bagi aku, itulah yang sebaik - baik cara bagaimana kita hendak menguruskan sesebuah perhubungan. Dengan cara yang baik, insyaAllah, hubungan diberkati. Aku cakap berdasarkan apa yang aku baca dari novel dan tengok movie itu. Kalau kaum lelaki pun, kalau mahu memasang 'dua' pun, haruslah beralasan yang munasabah. Seperti Fakhri, bukanlah dia mahu untuk bernikah dua, tapi kalau itulah yang boleh menyelamatkan dia dari fitnah, bagi aku, it's ok. Aku amat kagum dengan Aisha yang sanggup berkorban untuk suami walaupun dia kenal Fakhri untuk jangka masa yang singkat. Banyak benda yang dia tidak tahu tentang Fakhri. Tapi apa yang aku boleh cakap, aku mungkin tak setabah Aisha.

Tapi siapa aku untuk memberi komen. Sebagai penonton, aku tersentuh dengan cerita ni. Apa pula pendapat anda?

"Maafkan bilaku tak sempurna.. Cinta ini tak mungkin kucegah.. Ayat ayat cinta bercerita.. Cintaku padaMu.. "

~ Harapku lelaki sepraktikal Fakhri, tapi aku bukanlah semalu Aisha dan sebijak Maria ~

2 comments:

Anonymous said...

salam..............wow. :)

Shazwani Adnan said...

Salam

Anon: wow..?? Apekah reaksi itu?