Pages

Sunday, March 23, 2008

Review AGM PPIM - RSC 2008 - 2010

Assalamualaikum wbt.

Di saat ini, aku menulis ni, aku baru bangkit dari tidur. Hari ini penat sangat. Mana tidaknya, dari pagi kami ke Embassy Malaysia untuk sambutan Maulidurrasul dan seterusnya Annual Grand Meeting untuk AJK Tertinggi PPIM - RSC. Tadi aku tidur, aku mimpikan arwah nenek. Dalam mimpi itu, aku sudah selesai memandikan Nenek. Yela, semasa dia tinggal dengan kami, ketika waktu cuti musim panas tahun lepas dan tahun ini, aku yang membantu Emak menguruskan arwah Nenek. Jadinya, saat - saat tu masih teringat - ingat. Aku terfikir, adakah aku mampu untuk melaksanakan tugas aku sebagai anak seperti ini ketika Emak dan Abah sudah tua nanti. Harapnya aku tidak lupa diri. Al - Fatihah.

Berikut adalah keputusan penuh perlantikan AJK PPIM - RSC untuk akademi kami, MMA:


Muhammad Asyraf Azizan (Tahun 4)
Muhammad Azam Bin Mohd Niza (Tahun 2)
Mohd Akmal Bin Shafie (Tahun 2)
Arif Azfarahim Bin Ibrahim (Tahun 2)
Ahmad Faiq Bin Mokhtar (Tahun 1)
Mohd Nabil Bin Halim (Tahun 1)

Amnah Binti Mohd Yousop (Tahun 4)
Nabilah Binti Azman (Tahun 4)
Nurul Fida Nusaiba Binti Mohd Shukor (Tahun 2)
Wan Nazihah Binti Wan Muhammad (Tahun 2)
Aisyah Khaulah Binti Muslim (Tahun 1)
Nurul Iman Binti Zalzilah Rashidi (Tahun 1)


Harapnya dengan perlantikan AJK baru ini, PPIM - RSC akan bergerak dengan lebih lancar demi melahirkan doktor - doktor Muslim yang berjaya dunia dan akhirat di samping menjaga hubungan dengan Rabb dan sesama manusia.

Tadi sebelum proses membuang undi, dari pagi, kami di sajikan dengan forum yang bertajuk : Rasulullah dan kejayaan. Selepas itu, kami berhenti rehat, bersarapan dan sambung sesi kedua. Sesi kali ini kami mendengar talk dari Left Col Dr Mohd Yunus Masjuki yang bertajuk: Leadership & Success: A process of education, training, experience & self - study. Antara tajuk yang dikupas adalah berkaitan dengan kejayaan. Dalam proses menempuh kejayaan ini, banyak benda kita kena pertimbangtarakan. Salah satu faktor mendorong kejayaan seseorang itu adalah kita memerlukan support ( sokongan ). Serentak dengan itu, aku terfikir, jika kita memerlukan sokongan dari orang kita kenalah kenal dengan orang. Selain daripada ahli keluarga kita, kita juga memerlukan sokongan kawan - kawan kita. Jadi kita kenalah sentiasa menyokong kawan - kawan kita. Dalam pada kita nak menyokong tu, kita kenalah beritahu orang yang kita sokong tu, cakap kat dia yang kita sokong dia. Lepas tu, kalau dia buat apa - apa pun, selagi betul, sokonglah. Lagi - lagi kalau duduk jauh dengan keluarga, kawan - kawan lah sokongan kita yang paling dekat.

Ha! Dalam proses kenal dengan orang, kita kenalah ada 2 ways communication. Baru kita boleh develop communication skills. Kita ni hidup sebagai pelajar, bukanlah hidup untuk study semata. Dalam pada kita study tu, kita kenalah jaga hubungan baik sesama manusia. Mungkin kita kata "tak kisahlah apa orang nak kata, asalkan kita tak buat masalah dengan orang", tapi ingat, kata-kata oranglah yang buat kita berjaya atau merana. Mungkin kita boleh ambil kata - kata orang sebagai cabaran. Itu juga salah satu proses pembelajaran sebenarnya.

Aku nak pesanlah buat kawan - kawan semua. Pertama, sokonglah apa orang - orang terdekat korang buat. Tak kisahlah dia tu kawan jauh atau kawan dekat. Kedua, Jagalah hubungan sesama manusia. Tak kisahlah korang pandai dan senang sangat sampai dah tak perlukan orang lain, tapi kita kena selalu ingat, pandai dan senang tu bukan tahan lama, kalau Allah nak uji tu, sekelip mata saja Dia boleh ambil semula. Kun fayakun. Masa itulah peranan orang sekeliling penting. Kalau kita tak berbaik dengan orang, atau berbaik bila ada tujuan, tak ada gunanya. Orang pun akan pertikaikan, "Ooo, masa susah baru nak cari kita, masa kita susah dulu, sebelah mata pun tak pandang!"

Aku nak kongsi la pandangan aku berdasarkan apa yang aku lihat, dengar dan yang seumpamanya dengannya dengan menggunakan pancaindera aku kurniaan Allah yang lima ini.

~ Sollollahu 'alan nabii ~

8 comments:

Anonymous said...

tahniah AJK PPIM - RSC yg baru. gunakan kepercayaan kawan2 utk menyumbang sesuatu kpd ummah. dn kepada ahli2, berikan sokongan yg jitu. kalau nk kritik pun kritiklah cara beradab dn membina. takyah le buat2 demonstrasi, surat layang gitu. :)

dalam organisasi perlu ada ahli2 yang memberi ketaatan kpd kepimpinan. baru le organisasi akan berjaya.

jgn harap apa persatuan beri, tapi tanya apa diri sendiri tlh beri pd persatuan.

sekian.. draf ucapan bakal presiden 2011. :)

Sarah Mohd Shukor said...

smlm ks penat mcm nak mati. balik dgn perut kosong. n mlm tu tido mati. nasib baik jaga subuh awal. sbb ingatkan dh tukar waktu saving time. hihik.

wanie yg gagah, semua yg jd ada hikmah kan :)

(di saat ini, kamu tgh duduk atas lantai dlm bilik ks smbil picit2 kepala n baca buku dgn minyak cap kapak kt tepi note kamu).

MakcikMuda said...

wanie!
ryn sukum wanie!

hiks!
wanie,wanie.
ryn doakan yg tbaik utk wanie. hiks!

sedapnyer ade makan2.:P

mohd.firdaus said...

aku sokong ko.. ahaha..

Shazwani Adnan said...

Salam to all.

CJ: Mana ada kat sini pakai surat layang. hehe.. Wah.. dah draf dah ucapan sebelum dicalonkan! syabas!

KS:YE KS. Semua ada hikmah. harap dorg melaksanakn amanah dgn sebaik mungkin. Jgn menghampakan harapan org2 yg dh mengundi. Apa pun, biarlah kita buat ni kerana Allah. InsyaAllah segalanya OK!

Shazwani Adnan said...

Ryn: thanks ryn. thanks sebab selalu doakn kitorg kat sini. makan mmg la sedap.. =P

Daos: BEtul hg sokong aku? thanks. aku pun sokong hg gak! hahaha..

*boleh aku tahu hg pangkah sapa? =)*

Hafizuddin Awang said...

wani..aku pangkah nama ko sorg je ari tu...bagus tak aku? haha.

Shazwani Adnan said...

salam.

Judin: Jadi undi rosak la macam tu! Bukan at least 6 orang ke?

barb michelen: Thanks for visiting here. and also for your suggestion. If it is interesting, why not if i give a try. just wait n see. =)