Pages

Saturday, March 22, 2008

Barang barang dalam beg

Assalamualaikum wbt.

Hari ini aku sudahpun menghadapi exam aku yang terakhir untuk minggu ini. Tapi minggu depan ada lagi 2 subjek. Apa pun, doakan saja yang terbaik buat aku dan rakan - rakan. Dan untuk itu, terima kasih dihulurkan.

Alang - alang menulis ni, biarlah aku melangsaikan hutang tag aku pada Cik Rynn kita yang comel lote itu.

Tugas tag: What is in your bag?

[Wallet]


Memandangkan Ryn letak sekali apa yang ada dalam wallet dia, aku pun nak letak gak la. Aku pun macam Ryn gak. Pakai wallet. Ala, bukan mahal sangat pun. Tak tahu pun beli kat mana. Dalam wallet aku selain daripada duit, ada benda - benda ni:

  • Kad BSN Matrix - yang paling disayangi. Kalau takda, ikat perut la aku.
  • Kad nama airlines yang mungkin membantu tatkala diperlukan : eg: Uzbekistan Airline.
  • Kad pelajar antarabangsa yang berwarna hijau.
  • Salinan kad pengenalan ( kalau bawa yang original, susah nanti kalau hilang)

[ Beg pergi kelas ]


1. Beg hadiah hari jadi tahun ini daripada Fatt, Pena dan Dibah yang dibeli di Spain.

2. Lab coat yang wajib dibawa setiap hari kerana aku memang akan memakainya setiap kali kelas.

3. Bekas alat tulis daripada kakak aku, Watie yang dibeli di Sarawak. Comel kan?

4. Wallet yang wajib dibawa supaya jika hendak ke pasar, aku tidak akan shot duit.

5. Passport, kad pelajar MMA dan pas masuk hostel yang biasanya aku letakkan di poket hadapan beg bersama kunci rumah. Eh, tak. Passport aku letak dengan wallet dalam beg bersama buku - buku. Kenapa? Supaya bila penyeluk saku nak menyeluk, dia kena seluk buku dulu.

6. Lip ice warna merah jambu yang aku jarang pakai. Bawa saja kalau - kalau aku perlukan di saat genting.

7. Kunci rumah.

8. [tiada dalam gambar] - stetoskop apabila menghadiri kelas Internal Diseases, mask kalau menghadiri kelas General Surgey.

9. [tiada dalam gambar juga] - tuala kecil untuk alas solat kalau tak sempat balik rumah. Ala, saiz tuala Good Morning tu..


Cik Rynn, saya sudah langsaikan hutang kamu. Terima kasih kerana tag saya. Aku tidak mahu mengetag sesiapa. Siapa mahu buat, silakan. Tapi, aku juga mahu tahu apa dalam beg Mia ..?


PS : Nenek aku baru meninggal pagi tadi (petang waktu Malaysia). Minta sedekahkan Al - Fatihah. Terima kasih untuk itu juga.


~ Tips : Jangan bawa beg berat - berat, nanti sakit bahu! ~

12 comments:

MakcikMuda said...

pakai wallet agik best kan,wanie. hiks!

6. Lip ice warna merah jambu yang aku jarang pakai. Bawa saja kalau - kalau aku perlukan di saat genting.

ececece~!

define saat genting pls!

hahak!

MakcikMuda said...

alfatihah utk nenda wanie.
semoga ditempatkan dalam kalangan mereka yg beriman.

cry4freedom. said...

Alfatihah untuk Allahyarhamah.

Saya pun baru je hilang nenek. Sudah tiga bulan. Didoakan mereka yang baik baik saja. Semoga ditempatkan di kalangan hamba yang dikasihiNya.

Takde kampung dah nak balik raya ni dan akan datang :(

Shazwani Adnan said...

Salam to all.

Ryn: saat genting tu macam kalau tiba2 hari jd sgt sejuk yg membuatkan bibir jd sgt kering, u br berguna.
thanks. wanie pon br tahu tadi.

C4F: semoga mereka ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh.

Arwah nenek sy tinggal dengan sy.

cry4freedom. said...

Oh, ye ke.

Dulu masa arwah sebelum meninggal, hampir sebulan juga koma.Saya asyik ulang alik kampung selang dua hari, nak kena tengok juga camne. Tapi masa arwah meninggal dulu, saya takde kat sana. Dapat berita pun masa dalam kelas.

Amin, harapnya begitulah.

Shazwani Adnan said...

salam

CSF: arwah nenek sy ni seminggu je kena tahan kat wad, harini terus meninggal. cepat je. sy masa balik summer hari tu, duduk rumah jaga dia, mandikan dia, sebab takde orang kat rumah. asyik teringat-ingat. Takpe la. yang dah pergi, biarkan pergi. yang kita masih hidup ni, sedekahkanlah apa yang patut.

Sarah Mohd Shukor said...

salam wanie. gastral kamu tu mana? erm, jgn tak bawak. sakit2 nnti susah. lg 1, CSF tu mistaken kan? cerebral spinal fluid :) al-fatihah utk nenek kamu. ks tau kamu n keluarga redha dgn pemergiaanya.

p/s: cepat2 siapkan agar2 tu. esok pagi sebelum ke embc, ks nak makan~

Shazwani Adnan said...

salam.

Sorry sebab salah taip. CSF -->C4F Mintak maaf ya en azwan! =)

Tq KS. tak perasan.

KS: Haah la. Gastral pon bawak juga. terlupa. mmg selalu bawak tp td terlupa. hehe..

*Gastral: Ubat yg digunakan tatkala sakit perut yang teruk melanda (gastrik la tu)

Anonymous said...

psssttt.. syyyhhh,, aku pun bawa lip ice merah jambu tau!. hahhhaaha

aku ralat le bsn ,atrix tuh. ada bsn ke kt moscow tuh. huhu *jahilnye aku* :)

Shah CJ said...

amendee salah taip.. bsn matrix.

oh ye.. takziah wanie ye atas kepergian nenek awak.. moga2 arwah bersama orang2 soleh.

miashaf said...

Alamak kena wat tag ke? interesting. kena postpone jap la tag tu, skarang cam bz la

Shazwani Adnan said...

salam.

CJ: Cikgu bawak lip ice? hahaha.. bsn matrix tu ada visa electron, sama juga macam maybank. sbb ada visa electron la, kami kat sini boleh keluarkn duit.

thanks atas ucapan takziah.

Mia: Buat je. hehe.. buat je la bila2..