Pages

Friday, January 30, 2009

Zaman Sekolah

Assalamualaikum wbt.

Sejak akhir - akhir ini, aku suka betul mengimbau kenangan masa zaman sekolah dulu. Apa lagi bila tengok - tengok gambar ini, buat aku rasa aku kembali muda (tapi sekarang ni belum tua!). Zaman kalau nak tengok aku low profile atau tidak, gambar - gambar inilah buktinya. Aku hanya menempel saja. Haha..

Dulu masa aku sekolah, kelompok aku hanya kawan - kawan rapat aku. Kawan - kawan perempuan aku yang kadang 'gila' kadang serius. Kalau yang outshine sikit masa sekolah dulu adalah : Fahimah, Asma dan Umi. Tolak aku sebab aku ni biasa - biasa saja. Orang tak berapa kenal aku dulu. Entah sedar kewujudan aku atau tidak, aku pun kurang pasti. Hurmm.. Fahimah tu semua orang tahu kenapa dia terkenal. Sebab dia bijak. Ranking batch tak pernah jatuh sejak tingkatan 1. Asma sebab kepetahannya bercakap. Maklumlah, Biro Perhimpunan. Tambah lagi pendebat ke -2 bahasa inggeris sekolah! Hehe.. Umi pula sebab ada seorang ustaz ini suka mengambil gambarnya. Mungkin kemanisan raut mukanya. Senyum pun malu - malu.

Aku dulu kerjanya main saja. Padanlah pegang Biro Sukan. Masa tingkatan 5, aku disuruh berjemur tengah panas untuk menyiapkan padang sempena Hari Sukan Sekolah. Maka itulag jawapan kepada kegelapan yang melanda aku sekarang. Haha.. Tak lah. Dah genetik. Tambah dengan sukan, apa lagi, rentung! Huhu..

Kalau yang Sharifah Fareeza @ Che' Pah, dia ada keistimewaannya sendiri. Dia baik dan 'gila - gila' juga. Berkawan dengan Nadiah @ Nard yang pendiam tapi genius, mereka sangat kamcing. Khaulah pun best. Aku rapat dengan Khaulah sebab debat Bahasa Arab. Aku, Yusra, Khaulah dan Fahimah. Yusra pun pandai. Dialah orang yang ambil 13 subjek masa sekolah dulu. Kami seua 12 saja. Dia budak Lukisan Kejuruteraan. Tapi mahu juga ambil Biologi. Bagus. Cikgu pun bagi kebenaran untknya mengambil subjek ke-13 tu sebab cikgu tahu dia boleh buat. Kami rapat dulu. Sekarang masing - masing sudah ke arah yang dituju. Ini mereka :

Fahimah - Adelaide, Australia (Medicine)
Asma - JUST Jordan (Medicine)
Umi - Univ Teknologi Petronas
Che' Pah - Univ Islam Antarabangsa (Engineering)
Nard - Univ Malaya (Pharmacy)

Jom kita kenali mereka. *Nak bawa kenal kawan - kawan lama.*

Masa mengambil SPM, Ustaz Roslan buat makan - makan di rumahnya. Kalau tak silap, gambar ini sewaktu kami beraya ke rumah Ustaz. Aku duduk di belakang, sebelah Ustaz.

Kamu pasti boleh teka aku yang mana satu. Tapi tak apa. Mahu kenalkan semua sekali. Ini gambar masa jamuan akhir tahun tingkatan 5. Tang berdiri dari kiri : Fahimah, Aku, Che' Pah, Nard. Yang duduk dari kiri : Umi, Khaulah, Asma. *Asma kecil kan?*

Ini di rumah Che' Pah. Zaman kami muda. Muka aku muka budak. Kikiki..

Gambar Ketua Pelajar. Sangat kecil. Kalau hebat, recognize mana satu aku?
Team debat Bahasa Arab. Berdiri dari kiri : Khaulah, Yusra, Ustaz Najjah Opir, aku, Fahimah. Lelaki dari kiri : Fadhli, Asyraf, Hasan Fitri, Zaidani, Mahmud.
Ni aku rasa gambar paling kelakar. Kalau nak tengok aku pakai pelik, inilah. Tudung warna kuning dengan baju warna biru. Sungguh tak padan! Ini masa hendak bertolak ke Pulau Pangkor, rombongan budak tingkatan 5.

Ni di Taman Lebah. Semua pakai jumper batch.

Ini classmates aku di Sambest. Ini hanya perempuan. Penolong kelas aku adalah perempuan yang duduk, yang memakai tudung hitam. Nurul Ain Kamaruddin. Disebabkan aku low profile, aku duduk belakang. Wee~~

** Aku baru lepas bermesejan dengan kawan sekelas aku, Bayu. Aku kata rindu dengan mereka. Katanya, tak apa. Nanti sudah habis belajar, kita jumpa ramai - ramai. Baru sekarang aku nampak dan hargai nilai sahabat zaman sekolah.

9 comments:

Miss F said...

Memory masa sekolah memang best.. Kan?

alchemy said...

Zaman-zaman yang xmgkn boleh diundur kembali... kdg2 aku dok sorg2 pon, termenung ingat kenangan dulu2. tp rupe ko mmg lain la kalo tgk kat pic. kalo ko pon da low profile, aku lg la... aku xknal ko, ko xknal aku. tp ramai knal aku kat tkwondo rsnye. hehe...

Shazwani Adnan said...

salam.

Pink Lady : Best sangat. susah nak lupa.

Firdaus : Haha.. Aku kenal nama ko sebab dulu ko aktif taekwondo tapi pendiam yang amat. sekarang ni, macam dah member kamcing dah. At least lepas keluar sekolah, ko still kenal aku dan tahu yang kita ni pernah satu sekolah.

.:dura:. said...

bayu??? hehe....
member mu..member ku jua...
persahabatan sgt anehkan??
sometimes rasa dunia ni kecik plak..

Shazwani Adnan said...

salam.

Dura : Memang aneh, tapi indah. Serasa mmg dunia ini kecil. Temanku teman kamu jua

FabulouswithAs said...

huhu..segannye aku..aku rase ko lg outshine.amboi2...sape la yg xknal shazwni adnan..anak emas cikgu wahdi..=p...anyway biro perhimpunan tuh..cam lawak plak.kalo skang org suro aku jd MC,aku da xreti...skang zmn low profile jek...tp aku mmg rindu zmn kt sambest..hek3..membe yg best giler2 sume ..idea giler2..aktif mcm2.wat mcm2 kje dlm 1 mase.sgale bnde join.giler2 busy tyme tuh.xpernah aku seaktif cmtuh spnjg aku skola..wooosh.xmuat nk tulis kalo nk imbau sgale sweet memories tyme kt sambest...miss u too wani!

Shazwani Adnan said...

salam

Asma : Haha.. Anak emas Cikgu Wahdi? hurmm.. Apa la cerita cikgu aku tu ek.. Dgr kata dia mengaktifkan kokurikulum dgn sgt aktifnya. Hehehe... Hurmm.. I miss u too Asma.

خديجة خليلة said...

Huhu, ada gambar kite la. Ala, kalau nak kata low profile kite ni lagi lah low nye. Hehe. Pendiam + Pemalu. (sume org nak ngaku low profile) -khadijah khalilah-

Shazwani Adnan said...

salam.

DIjah : Hehe.. time tu semua dr kita adalah innocent. hihi