Pages

Monday, October 27, 2008

Nasib Badan Tuannya Begini..

Assalamualaikum wbt.

Dalam masa hampir dua minggu, banyak benda terjadi. Ada yang baik, ada yang tak berapa nak baik. Aku sibuk. Aku sibuk. Aku sibuk. Harini kemuncaknya. Dan kemuncaknya bukanlah sebaik yang diimpi. Kesudahan yang tidak berapa nak dibanggakan. Bukan kerana siapa, bukan kerana apa. Semua kerana silap sendiri. Semua kerana salah diri.

Sendiri salah, sendirilah tanggung. Tak mampu membiar diri diuji. Hurm.. Hai lah badan! Nasib badan dapat tuan begini. Tuannya kena kerja lebih sikit. Supaya apa? Supaya Badan tidak merana, supaya Akal tidak berserabut. Tuannya kena bijak. Bijak atur strategi.

Hati Tuan Jauh.. Hati aku jauh.. Jauh sangat..

**Susah hati susahlah badan. Susah badan susahlah tuan. Susah tuan salah sendiri. Entri yang benar - benar mengelirukan. Betul! Aku keliru.

Saturday, October 18, 2008

Kuning :: Hijau :: Perang

Assalamualaikum wbt.
Ini bukanlah satu janji. Tapi niat di hati memang ingin berkongsi suasana di Moscow dengan semua orang. Kalau hanya ditulis, minda tak terbayang keadaannya bukan? Jadi gambarlah jadi bukti.

Siri penjelajahan suasana musim luruh bermula selepas pulang dari membeli - belah barangan yang diperlukan. Kebetulan sewaktu perjalanan pulang, kami melintasi satu taman yang biasanya dipenuhi dengan kanak - kanak bermain pada waktu petang. Taman Frunzenskaya kami gelar. Hanya beberapa kilometer dari bangunan pejabat Dekan yang terletak di Stesen Metro Frunzenskaya. Kami berlima sudah cukup untuk jadikan niat aku termakbul. Kebetulan aku membawa kamera, habis semua pemandangan jadi spot lensa aku. Huhu..

Kita tengok gambar jom! ('.~)V



Daunnya perang.. Daun kuning pun ada. Itik pun menikmati kekuning - perang - orenan musim luruh.



Burung berterbangan menjadikan pemandangan sangat tenang. Berkawan dengan itik di tasik.



Inilah kami berlima (campur orang yang menangkap gambar). Maaf lelaki seorang tersesat. =)


Salam musim luruh. Nah, ambillah daun maple ni. Aku bagi. Aku pegang yang kuning. Dibah pula yang masih ada hijaunya. Belakang kami : Hamparan daunan Oren Campur Perang - Perang Sikit. huhu


**Kuasa Redha tu hebat. Bukan semua boleh buat. Tapi KS insyaAllah boleh. ('',)

Wednesday, October 15, 2008

Kuningnya Itu Menceriakan

Assalamualaikum wbt.

Walau sudah hampir sebulan setengah daunan mula gugur, aku rasa aku masih belum terlambat untuk ucap salam musim luruh dari Moscow. Aku nak kongsi rasa kekuningan ini dengan semua sebab bukan semua berpeluang mengalami suasana ini. Harap musim luruh di rumah aku ini disukai dan keceriaan warna kuningnya buat semua orang gembira sampai tak lekang senyuman dari bibir.. ('.~)v

Aku hanya mengikut alur dedaun. Tapi aku tak mahu jatuhnya sampai tersembam ke Bumi. Aku ingin berdiri tegak seperti pepohonan walaupun daun kuningnya sudah sampai ke tanah.

Tuesday, October 14, 2008

Adat Berkawan

Assalamualaikum wbt.
[Entri ini sangat - sangat panjang. Skip saja kalau malas nak baca]

Hari tu aku berpakaian biru. Pakaian pengawas sekolah. Pagi - pagi aku macam biasa berhimpun di dataran perhimpunan. Mia pun ada. Ye la, dia kan 'budak lompat', mesti dia ada sekali. Suasana macam sekolah menengah. Tapi yang aku pelik kenapa Mia satu sekolah dengan aku. Sebab kitorang sekolah menengah kat lain tempat. Takpe la..

Lepas habis perhimpunan tu, aku terpandang satu figure. Dia tengok aku. Aku kenal dia. Aku nampak je dia, aku terus lari. Tiba - tiba je lari. Aku lari sebab aku tak suka nak tengok dia. Ada sebab aku tak suka. Mia terkejut. Dia kejar aku. Dia pelik kenapa aku lari. Orang yang aku tak suka tu pun kejar aku. Mungkin dia juga pelik kenapa lepas aku nampak dia, aku lari. Jadi, dua orang la yang kejar aku.

Sampai satu selekoh, Mia tarik tudung aku. Dia tanya aku dengan nada tercungap - cungap (ye la, baru lepas lari kan..) "Kenapa ko lari?" Aku yang memang nak lari lagi tapi dah ditahan dengan Mia. Aku nampak orang yang aku tak suka tu dah sampai kat selekoh tu. Aku jerit kat depan muka Mia : "Aku kan pengawas. Aku nak jaga kelas la! Kan cikgu semua tak ada sebab ada mesyuarat." Lepas tu aku terus pergi. Aku tinggalkan Mia yang tengah blurr. Dan aku sengaja menjerit supaya orang yang aku tak suka tu tahu yang aku tengah sibuk.

Lepas aku menjerit tu, aku rasa sedikit puas. Dan rasa puas tu buat aku terbangun Subuh semalam. Aku bangun dan aku berfikir. Adakah aku betul - betul tak suka dengan orang tu? Oh, aku rasa aku tak suka sebab mungkin aku rasa dipaksa. Ye la, dia kawan aku. Kalau satu benda tu aku asyik fikir je, sampai mimpi aku bawa. Nak marah dia di alam realiti tak boleh sebab tak termarah, kita marah dalam mimpi je la. Haha.. Aku ni kalau berkawan, aku kawan dengan semua orang. Selagi aku tak menyusahkan dia (aku tak berapa suka menyusahkan orang kecuali orang - orang tertentu je. Tu pun yang dah biasa dengan aku. Kira yang dah rapat la dengan aku..Tu pun kadang - kadang bila aku tak boleh buat suatu benda tu disebabkan aku sibuk atau tak ada masa) dan dia tak menyusahkan hidup aku, aku ok je. Cara kawan aku yang dalam mimpi aku tu mungkin sedikit annoyed atau kata lainnya menjengkelkan. Mana taknya, orang lain pun kawan juga, tapi takyah la sampai buat orang rasa terganggu. Aku tak nak rasa macam ni. Aku tak suka perasaan tak selesa dengan orang. Aku nak berkawan dengan semua. Jauh ke dekat ke. Jangan la buat aku terbeban. Terbeban sebab kawan aku buat aku rasa kekok. Aku ni orangnya complicated.

Aku kawan dengan ramai orang. Aku berkawan secara adil. Kalau seorang kawan tu aku layan dengan baik, kawan lain pun aku layan dengan baik juga. Tapi bila aku layan baik tu, jangan pula ambil kesempatan. Kata kawan. Kawan mestilah layan kawan dia dengan baik kan?

Aku dah kata aku ni bukan baik sangat. Aku kalau dah tak puas hati dengan orang, aku lempar je. Prinsip aku senang. Kita hidup bermasyarakat. Kalau orang tengah susah, kita tolong. Sebab kita tak tahu bila kita akan susah. Kita bukan selalu senang. Ada beberapa kisah yang aku nak kongsi dan apa yang aku rasa sepanjang pengalaman aku berkawan dengan orang :
  • Kalau orang minta tolong dengan aku, aku tak kisah nak tolong, terutama kalau kawan aku sendiri yang minta tolong. Aku tak kisah kalau aku susah, tapi aku paling tak suka kalau aku minta tolong pada dia tapi dia nak mengungkit - ungkit apa yang dia buat. Nanti aku fikir dia tak ikhlas tolong aku.
  • Aku paling tak suka kalau masa senang tu, dia buat tak kenal orang, hidup sendiri - sendiri. Tapi bila susah, pandai pula cari orang. Masa tu la, dia la yang paling kenal ramai orang. Ni lagi aku anti. Bila aku tanya, nampaknya bukan aku je yang rasa anti, bahkan orang yang tempat diminta tolong tu pun rasa benda yang sama. Tapi sebab kawan kan, tolong je la.
  • Aku tak suka perasaan bila terasa hati dengan kawan aku. Tapi aku kadang - kadang terasa dengan mereka bila diorang buat sesuatu yang boleh melukakan hati aku. Kalau ye pun nak melibatkan nama aku atau kawan - kawan baik aku, periksa dulu kebenarannya. Jangan main terjah saja.
  • Lagi satu aku paling pantang benda ni. Aku memang bengang kalau orang tu berkawan tapi pada masa yang sama dia tembak / tikam / yang seumpama dengannya kawannya dari belakang. Memang aku benci orang macam ni. Jangan la salahkan aku bila aku tak suka pada orang macam ni kalau orang ni perangai tak berapa nak elok. Memang la perangai aku bukan la elok sangat, tapi berpada la kalau nak sakitkan hati orang.

Pengalaman aku banyaknya terjadi sejak aku duduk jauh dengan keluarga di mana kawan - kawan la yang buat kita tak sedih sangat bila berjauhan dengan keluarga. Tapi ragam manusia ni lain - lain. Kalau sama je, bosanlah kan. Dan mungkin juga ada yang tak puas hati dengan aku kalau tiba - tiba mulut aku terlaser ke kan.. Haha.. Aku laser dengan orang yang rapat betul - betul dengan aku. Yang dah biasa dengan cara hidup aku. Tu la cara aku bermanja dan beramah mesra. Huhu..

Aku jenis cakap banyak. Dengan sesiapa saja kawan aku. Ada dua sebab je buat aku jadi sedikit pendiam. Satu, bila aku jumpa orang yang pertama kali aku jumpa dan aku tak pernah kenal dia. Kedua, bila aku terasa hati/bengang/sakit hati dengan orang tu, aku pun akan jadi pendiam. Aku boleh je jadi ignorant kalau nak. Kalau ada yang tiba - tiba perasan aku diam je, periksa balik, mana tahu ada terkecilkan hati aku ke. Aku ni suka merajuk dan memang fitrah aku suka bercakap. Orang pernah kata dorang rindu kalau tak dengar aku berceloteh. Hehe.. korang tahu siapa korang. Huhu..

Aku selalu gembira dan ketawa sebab kawan. Aku pernah menangis juga sebab kawan. Aku pernah marah dan melenting pasal kawan. Tapi aku simpan. Aku cerita hanya pada roomates aku dan kawan baik aku. Sebab selalunya dorang ni tak pernah buat aku rasa selain dari gembira. ('.')V

Ramai kawan - kawan aku datang jumpa aku bila ada masalah. Datang meluahkan perasaan. Bila dorang rasa hilang arah, rasa tak puas hati dengan orang, rasa kosong, rasa risau, dan macam - macam rasa lagilah. Tak kira jantina. Aku sendiri pun tak tahu kenapa, tapi bila diorang datang cari aku, takkan aku nak halau pulak kan. Kalau aku rasa aku perlu beri nasihat, aku cakaplah sikit - sikit. Kalau aku rasa dia hanya nak lepaskan geram, aku akan diam je, dengar je dia cakap. Kalau ada dua pihak yang salah faham, dan dua - dua pihak tu cari aku nak luahkan rasa tak puas hati, biasanya aku akan dengar cerita dari kedua- kedua pihak. Aku tak mahu jadi orang yang tak adil. Selalunya cerita dan keadaan sebenar yang berlaku itu lain dan berbeza dari kalau kita dengar cerita sebelah pihak saja. Tapi aku nak kawan - kawan aku tahu, aku sentiasa sokong kawan - kawan aku. Kalau dia buat silap, aku tegur sikit - sikit. Kalau aku buat silap, aku harap diorang tegur aku. Itu guna kawan kan?

Aku sentiasa doakan kejayaan kawan - kawan aku. Aku nak kawan - kawan aku berjaya. Kalau belajar untuk jadi doktor, jadi doktor yang berjaya. Kalau nak jadi jurutera, jadi jurutera yang berjaya. Kalau nak duduk untuk exam, pass exam dengan cemerlang. Dan aku tak tahu berapa ramai yang doakan untuk aku, tapi doa kamu untuk aku, aku ucap terima kasih.

Maaf kalau ada yang terasa dengan entri ini. Ni cara aku luah perasaan aku dan cara aku menegur sebab aku amat pasti semua orang berkawan di dalam dunia ni. Aku nak kita jadi sahabat yang terbaik untuk sahabat kita. Ni entri tak spesifik pada sesiapa. Ini untuk semua. Siapa nak datang kawan dengan aku, silakan. Siapa kawan aku yang terasa dengan aku, aku mohon maaf dengan sangat. Aku minta maaf dari hujung tudung sampai hujung stokin.

Sunday, October 12, 2008

Tetamu

Assalamualaikum wbt.

Sejuk nampaknya di luar tu. Aku dari dalam hanya memandang helaian daunan bergoyang di dahan. Seperti mahu tunggu waktu gugurnya. Pagi ini gelap. Subuh masih ada. Teman masih berselimut. Tapi tanggungjawab sudah dilaksana. Mungkin kepenatan semalam masih belum pergi.

Niat di hati mahu belajar pagi ini. Satu badan sakit - sakit menerima tetamu yang tak dijangka semalam. Alhamdulillah. Dapat juga melayan dengan sebaik mungkin. Tetamu pulang, aku tersadai. Tersadai atas katil yang bukan milik aku. Milik Fareena. Kepenatan, walhal teman lain lagi lelah dari aku.

Menerima tetamu itu berkat. Melayan mereka itu kegembiraan. Tengok mereka pulang dengan senyuman buat kita rasa lega.. Lega dapat memenuhi keperluan mereka. Alhamdulillah.

**Doa yang terbaik sahaja buat adik kepada KS, Fareena, Fatt dan Dibah yang bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang bermula esok. Adam, Wawan, Fatin dan Adi, jangan hampakan harapan keluarga. Buat yang terbaik. Kamu dah macam adik akak dah. Cewaah.. Huhu.. Untuk Atha, ko kena dengar sini. Aku nak membebel kat ko ni. Selamat beramali. SPM buat betul - betul. Ko duduk asrama, Emak tak boleh nak monitor ko. Ko kena monitor diri sendiri. Kata dah besar. Mesti pandai uruskan diri. All the best. Buat yang terbaik. Kakak - kakak kamu kat sini dah risau - risau dah. Kamu mesti contohi mereka. Mereka rajin, kamu pun boleh. Ingat ni tau! ~~ ^.^

**Dan juga doa yang terbaik sahaja buat sesiapa yang akan mengambil peperiksaan dalam masa terdekat ni. Orang yang berusaha, insyaAllah pasti akan berjaya.