Pages

Friday, October 31, 2008

Kena Ingat Selalu

Assalamualaikum wbt.

Pada saat aku tulis ni, aku baru selesai tengok cerita Cahaya Lailatulqadar kat youtube. Ala.. Cerita drama melayu. Typical melayu. Biasalah. Tapi yang biasa - biasa tu lah yang aku suka tengok. Aku kan pencinta drama melayu! huhu..

Bila tengok saja cerita tu, mula teringat kat Emak Abah di Klang nun. Mana taknya, cerita tu pasal anak belajar luar negara tapi balik sebab nak minta tolong pada mak ayah dia. Selama ni tak pernah pulak teringat nak balik. Bila dah susah gitu baru lah ingat nak balik kampung. Kadang geram juga dengan orang macam ni.

Bila terfikir balik, macam tu rupanya cara mak ayah kita sibuk bila anaknya nak belajar jauh - jauh. Lagi - lagi kalau duduknya di kampung. Orang kampung. Masa anak nak pergi belajar, sanggup pajak tanah nak bagi duit belanja supaya tak susah di tempat orang. Masa tu juga sibuk nak buat kenduri doa selamat supaya selamat anak belajar sampai berjaya. Bagitahu orang kampung anak dapat sambung belajar peringkat tinggi. Dalam cerita tu, anaknya pula buat hal. Ingat hantar belajar jauh - jauh jadi orang. Tapi sudahnya apa jadi? Belajar tak lulus, kerja jadi pelayan, balik kampung susahkan orang. Tahu bila susah nak ingat siapa keluarga. Bila senang, keluarga sendiri pun tak ingat.

Aku ni cakap, aku takut aku yang terbuat nanti. Na'uzubillah. Aku tak mahu jadi anak yang tak kenang budi. Aku masih ingat dulu. Aku orang kampung. Emak Abah pun orang kampung juga. Kami duduk di suasana kampung. Sama suasananya macam kampung dalam tv tu. Ada orang kampung. Ada ketua kampung. Tapi itu bukanlah benda yang aku nak kongsikan. Teringat saat aku confirm nak pergi sambung belajar kat Moscow ni. Orang yang paling sibuk adalah Emak dn Abah. Emak sibuk buatkan sambal goreng tempe, bungkus itu, bungkuskan ini. Ikan bilis, udang kering, dikeringkan belacan tu supaya mudah aku nak bawa, belikan maggie, jahitkan baju kurung aku supaya nanti masa raya aku boleh pakai. Macam - macam lagilah. Banyak sangat. Itu baru Emak. Abah punya cerita pula lain. Apa yang Abah sibukkan? Abah sibuk hantar aku ke sana ke mari untuk selesaikan mana - mana yang tak selesai lagi. Buat pasport, ambil pasport, pergi bangunan itu, pergi bangunan ini, beli buku itu, bawa buku ini. Itu belum campur temankan aku pergi beli beg besar nak isi barang - barang.

Apa yang paling aku tak boleh lupa, dua hari sebelum aku berangkat ke Moscow, Abah dan Emak buat kenduri doa selamat. Sama macam dalam typical cerita melayu tu. Betul. Aku ingat lagi, menunya adalah pulut kuning kari telur. Saudara - mara aku ramai datang. Cakap belajar rajin - rajin. Mak cik aku yang jaga aku dari kecil pun datang. Sedih dia bila dapat tahu aku nak sambung belajar jauh ni. Menangis dia masa dia nak balik malam tu. Ingat lagi apa dia kata : Wanie belajar rajin - rajin. Ni belajar jauh - jauh, jaga diri baik - baik. Entah bila lagi kita nak jumpa. Sempat ke idak entah. Dia cium aku. Aku dengar jadi sedih. Aku panggil dia mak. Aku jawab : InsyaAllah mak.

Flight aku ke Moscow tahun tu waktu pagi. Pagi sebelum tu, aku duduk di beranda rumah dengan Emak dan Abah. Masa tu duit elaun Selangor belum masuk. Lambat sikit katanya. Jadi masa tengah borak - borak dengan Emak Abah tu, Abah ada cakap : Abah dah tukarkan RM 3000 dalam bentuk USD. Nanti senang la ko nak bayar duit hostel bila sampai sana nanti. Aku terkejut. Betul ada USD cash! Banyak pula tu. Tambah pula masa tu, dengarnya kalau nak bayar duit hostel kena duit baru edisi 1999 dan ke atas. Banyak lah pula songehnya.. Dan Abah betul cari duit baru dan sekali dengan edisi 2000 ke atas untuk aku. Sampai ke KLIA dicarinya. Lagi buat aku terharu. Rupanya inilah kasih ayah. Walau kita tak nampak, tapi ianya hadir sekali. Walau kita tak perasan, kasih tu tetap ada. Terima kasih Abah.

Sebelah malamnya pula, kakak aku sibuk menolong aku menyiapkan persiapan terakhir. Dan apa yang Abah buat? Abah bagi aku satu laptop warna hitam. Katanya suruh aku bawa ke Moscow ni. Laptop tu sekarang dah rosak. Ada di Malaysia. Nak betulkan pun, dah tak boleh dah. Tapi masa aku tahun satu dulu, aku tinggal laptop tu kat rumah sebab takut tak adapt lagi dengan suasana baru. Itulah.. Aku ni tak suka buat cerita sedih - sedih. Adoii...

Tengok cerita tadi tu, punya besar harapan mak ayah dia pada dia, tahu - tahu tak lulus belajar. Bila aku fikir balik, "Aku kena berjaya. Aku kena habis belajar. Aku nak buat Emak Abah bangga. Bukan jadi anak yang reti menghabiskan duit mak bapak je." dan lagi satu aku pesan kat diri aku bila selesai je tengok cerita tadi, aku cakap, "Wanie, ko jangan jadi anak derhaka. Dah belajar jauh - jauh, ingat juga kat Emak dan Abah. Jangan hina orang. Jangan ingat ko dah habis belajar nanti, ko dah hebat. Kalau tak ada diorang, jangan harap ko boleh berjaya. Redha diorang penting. Jangan jadi anak derhaka.." InsyaAllah. Setidak - tidaknya, bila aku tulis ni, aku boleh ingat pesan aku pada diri bila aku dah kerja nanti, dah tak tulis blog ni atau bila aku terlupa. Manusia kan cepat lupa..

Tapi buat aku lebih sedih, bila aku fikir : Boleh ke aku jadi anak yang solehah? Anak yang memberi kebahagiaan dan menjadi kebanggaan Emak dan Abah?

Badan Letih

Assalamualaikum wbt.

Fuuhh..~~

Letih benar badan aku ni. Mana taknya, semalam habis saja kelas Obstetrics di Kashirskaya yang perjalanannya mengambil masa lebih kurang 1 jam, terus saja aku ke Ashan (hypermarket besar, serupa macam Giant di Malaysia). Kenapa? Sebab beli barang keperluan rumah di sana lebih menjimatkan walaupun pasar Usachevsky hanya 5 minit saja berjalan kaki.

Mengangkut beras 12 paket yang berat setiap satunya hampir 1 kilo! Tambah dengan sabun basuh pinggan dan beberapa barang lain buat aku keletihan sebaik pulang dari rumah. Tambah dengan keadaan aku berpuasa semalam buat aku tak jamah pun nasi semalam. Hehe.. Balik, mujur masih ada lagi waktu Maghrib berbaki. Selepas solat, layan sekejap cerita Kekasihku Seru dan terus saja tidur! 9 jam! Lama tu.. Aku pun terkejut. Aku hanya tersedar pukul 5 pagi untuk solat Isya.

Lepas balik je, ada dengar cerita yang kawan aku nak datang Moscow cuti winter ni. Hurm.. Tapi tak pasti lagi jadi ke tak. Ye la, winter ni ramai keluar dari Moscow. Balik Malaysia. Aku la duduk bertapa kat sini jaga rumah. Hahaha... Kalau mereka jadi datang, aku la kot yang kena bawa berjalan. Nak pergi mana ye?

Bangun pagi ini sakit badan. Satu : tidur lama sangat. Tak pernah - pernah aku tidur lama macam tu. Dua : Sebab tilam aku tu dah 4 tahun agaknya. Semua spring berebut - rebut nak keluar. Mana taknya, kalau tengok movie ke apa ke, sekali enam - enam orang duduk atas satu katil! Haha...

Pagi ini aku perlu bersedia ke kelas Surgery. Hmm.. hanya 5 minit saja sudah sampai ke bangunan hospital. Tapi untuk ke kelas yang letaknya di tingkat atas sekali bangunan tu perlukan masa juga. Untuk aku yang tak suka kelam kabut, paling tidak, 15 minit aku perlu bertolak dari rumah. Baru la senang hati saja berjalan ke kelas pagi - pagi.

Hari ini hari pertama. Dapat doktor yang kelihatan baik. Rupa pun boleh tahan. Hehe.. Ada semangat pergi kelas nih. Huhuhu.. Tapi apa pun, harapnya perjalanan bulan November ini lancar. Amiin..

Wednesday, October 29, 2008

Pesanan Kawan

Assalamualaikum wbt.

Kawan aku ada pesanan. Pesanan dia banyak. Pesanan ini lebih kepada peringatan. Tapi aku nak bagitahu dua saja.

- Setiap manusia diberi pilihan.

Jadi kata aku : Jangan tutup atau hadkan pilihan orang.

- Hidup ini macam roda. Kadang di atas, kadang di bawah. Kalau kita buat aniaya kat orang, jangan marah kalau nanti ada orang buat aniaya kat kita.

Jadi kata aku : Sebelum buat sesuatu, fikir dulu, setidak - tidaknya fikir akan akibatnya. Sebelum salahkan orang buat aniaya kat kita, fikir balik pernah tak kita aniaya orang?

Renung - renungkan dan selamat beramal! =)

Tuesday, October 28, 2008

Futsal

Assalamualaikum wbt.

Hobi baru, melupakan sekejap masalah sekeliling. Yeah! Futsal. Hobi baru kami : Bermain futsal. Liga futsal yang dikelolai oleh Sechenov Malaysian Student Association (SMSA). Perlawanan pertama banyak dapat ditimba. Semangat sukan, semangat sepasukan. Tak kisah main cara kotor, main cara bersih. Itu belakang kira. Yang penting, satu fakta : Kami hampir kesemua 4 daripada 6 orang bilik kami menyertai liga futsal ini. Kecuali dua orang Emy dan Dibah. Kami 4 orang dalam satu team. Tambah lagi 4 orang, juga batch aku melengkapkan kami seramai 8 orang.

Perlawanan pertama sudah ramai yang injured. Mana taknya, bermacam gaya menyepak, menendang bola. Guna lutut, kepala, kaki apatah lagi. Terseliuh itu tak seteruk mana. Jatuh tergolek itu biasa. Lebam sana lebam sini usah dikata.

Posisi last man dalam padang buat aku penat berlari. Selesai perlawanan berkesudahan 1 - 0 (kami kalah), aku jadi semput. Semput kerana sepanjang separuh masa kedua, aku saja yang mengawal pintu gol kumpulan aku. Membantu goal keeper.

Macam - macam gaya. Kalau tak percaya tanyalah kakak tahun 6 kita yang satu - satunya menyertai liga ini. Dia lagi hebat. Sehingga depan pintu gol lagi. Bukan cubaan sekali. Berapa ye?

Pengalaman pertama untuk kebanyakan dari kami buat kami rasa gembira. Ya! Kesemua kami adalah beginners (kecuali Mily - 3 tahun main-, Ili - 2 tahun main- dan Ikha -ada pengalaman main- ) dan perlawanan malam semalam adalah perlawanan pertama kami. Kami puas kerana niat kami asalnya : Play For Fun! =) Yeah, We enjoyed our game last night!

Selamat Hari Lahir Buat Abah. Selamat Hari Lahir juga buat Ikha (Zalikha Raman), groupmate aku, merangkap anak kawan kakak aku (Watie) merangkap lagi teammate futsal aku dan seterusnya merangkap juga kawan aku.. huhu

Selamat Hari Lahir Abah