Pages

Friday, November 28, 2008

Gadis Melayu

Assalamualaikum wbt.

Sekarang ini kerseorangan di bilik. Aku ini tidak tahulah kenapa dengan diri aku. Mudah benar tersentuh. Tadi baru saja selesai membuat task yang aku wajibkan atas diri aku. Aku ini dengar saja lagu sentimental ke atau lagu berunsur ketuhanan ke atau lagu berkaitan dengan persahabatan dan yang seumpama dengannya, sudah mula air mata bertakung. Kalau aku sambung dengar lagi, memang pasti akan tumpah.

Setelah selesai buat task tadi, aku tengok cerita Gadis Melayu di TV9 yang Dekat Di Hati tu. Aku tengok dari masa pemilihan lagi, tapi selalunya aku tengok lompat - lompat sebab kadang - kadang aku tengok diorang ni macam berlakon pula untuk jadi gadis melayu. Tapi slot minggu ini bagi aku bagus. Slot Muhasabah Diri. Termuhasabah aku. Ye la. Aku ini bukanlah baik sangat. Terbuat silap juga kadang - kadang tu. Bila tengok tu, aku jadi terfikir. Aku ini wanita, tapi cukupkah aku menjaga ciri - ciri wanita yang dituntut dalam Islam? Sesi muhasabah diri itu buat aku sedar. Ada seorang peserta yang namanya Aishah tu, dia kata dia baru saja bertudung. Bila diterima masuk ke Gadis Melayu, dia tanggal tudung sebab takut orang kata dia hipokrit. Dia yang begitu pun boleh tumpah air matanya, kerana menyesal mungkin atas tindakannya, kita ini apatah lagi. Jangan kata kita sudah lengkap menutup apa yang patut, kita sudah cukup baik. Aku selalu ingatkan diri aku begitu.

Dan apa yang aku dapat daripada episod itu, wanita Islam perlu tinggi sifat malunya. Aku tak pasti cukup malukah aku. Kadang - kadang aku ni tak malu. Hehe.. Tapi kalaupun kita kurang malu dengan manusia, ingat. Kita kena selalu malu dengan Allah. Nanti secara automatik, kita akan jaga perangai kita. Tak apa. Kita cuba sama - sama. Tingkatkan sifat malu kita. Dan ada satu part tu, diorang melalui sesi Bicara Hati. Sesi inilah buat aku tersedu - sedan tahan perasaan. Tapi akhirnya tak dapat tahan, aku teresak - esak. Sesi itu dimulai dengan zikir, dikendalikan oleh Saudara Munif kumpulan Hijjaz. Sayu dan terkedu aku mendengar zikir itu. Terkenang zaman sekolah yang penuh dengan bi'ah solehah. Terputar kembali kotak memori aku ini masa kami mengalunkan zikir ini selepas solat Maghrib. Tersentuh. Setiap kali aku ikut Saudara Munif itu mengalunkan zikir itu, setiap kali itu, air mata jatuh. Sampaikan Shahida masuk bilik, terkejut dia tengok aku teresak - esak. Diingatnya aku tengok cerita apa, tapi aku cakap aku tengok Gadis Melayu. Senyum saja dia. Ini Link dia kalau nak tengok.

Apa pun, untuk jadi gadis melayu, kita sebagai wanita ini kena tingkatkan dulu ciri muslimah dalam diri. Secara langsung ciri gadis melayu itu akan tertanam dalam diri.

Aku tak tahulah apa yang aku cerita ini. Cerita yang macam tak ada isi pun. Otak tengah bengong. Harapnya rancangan - rancangan jangka masa panjang aku yang ada dalam kepala otak aku ni jadi la.. Kalau tak jadi, frust menonggeng la aku.. Adoiii~~


**Aku rasa kelakar bila orang sering kaitkan Gadis Melayu dengan kain batik. Contohnya dalam sesi pemilihan calon tu, antara task yang diberi adalah cara memakai kain batik. Kalau pandai pakai, layak dipilih dan digelar Gadis Melayu. Kalau macam tu, aku bolehlah jadi calon! Huhu...

9 comments:

Shah CJ said...

aku pun tgk gadis melayu tu. hehe.. tp aku tgk sorang2. wife tak minat.

minggu ni punya cerita best. muhasabah diri. byk ilmu yg ustazah bagi kan.

kalau aku ada anak pompuan, aku tak bagi masuk program gadis melayu. huhu.

apekehe aku layan gadis melayu? ekekekekeke..

.:dura:. said...

my ex-jiran ada msk gadis melayu ni.. nama dia fariza...

mmg kelakar la, kain batik ngan gadis melayu, abis klu sy x pandai pki kain batik, so sy bukan melayu la eh?? ahaha...;P
*mb salah satu ciri2 utama kot sbg gds melayu*

Ain Mardhiah said...

bila akak ceritakan ni kan, ainul teringat pertandingan apa ntah kat indonesia tapi ala2 gadis melayu nila.. cumanya kan pertandingan tu wajib bertudung dan ada diantara ciri-ciri yang ada utk wajib menang ialah terer baca quran, pandai dlm akademik,pandai menjahit, pandai masak, pandai layan anak.. haha~ lagi best!! tengok pun sejuk jer..

Anonymous said...

ada tgk wktu pemilihan gadis melayu ni,juri tu soh die baca qunut or ape ntah,skali tu terbaca doa mkn,huhuh..Tapi nmpk mcm peserta2 ni cm byk berlakon je,waduh2

FabulouswithAs said...

huhu da bertaun2 nih ..seriyes aku xtau pape.xtgk program2 tv msia..huhu ..ko mmg rajen

Anonymous said...

best kn slot gadis melayu mggu ni..tersentuh jgk hati dgn kata2 ustazah tu.ditambah pula dgn selingan zikir oleh ustaz asri ngn munif yg lemak merdu tu..cukup utk bwt air mata berguguran dalam sebaldi..smpai merah2 idung mcm clown..yani plak ingat selsema sbb bunyi sok sek sok sek..smpat lg tgk gadis melayu padahal besok tu zachot neuro..hehe.tp dlm byk2 tu sy suka tgk husna..sweet je..smoga aisyah kekal bertudung.harap dorg smua dpt sumthing dr episod kali ni..insyaAllah..

Shazwani Adnan said...

salam.

Cikgu :Cikgu layan GM? Wah.. Tapi tengok cerita macam ni kita sendiri kena cari sendiri what is the good side of it. Kalau sy pun, sy tak bagi anak saya masuk. Biar dia jadi gadis melayu tulen tanpa perlu dikeudarakan.

Dudu : Pertama sekali, tahniah dah convo. Sy kenal muka fariza tu yang mana satu. Sekarang ni tak semestinya tak reti pakai kain batik, bukan gadis melayu. Yang penting, peribadi.

Ainul :Waah.. itu lagi bagus. Melahirkan wanita yang berpendidikan sambil tak lupakan agama dan peribadi muslimah yang unggul!

Shazwani Adnan said...

Khairul :Itu lagi saya skip sebab terasa malu mahu tengok. Nervous sangat kot sampai tersilap.

Asma :Ala.. Ini baru betul kata hobi aku tengok tv. Aku bukan rajin, sambil belajar tengok tv. Dulu masa nak dekat SPM pun,aku study depan tv. Tapi yang masalahnya tengok tv lebih dr study. Huhu

Atiqah :Ni lagi bagus. Esok nak zachut neuro,masih boleh layan GM. HAha.. Wanie tengok pun meleleh je, memang nak dekat satu baldi la air mata tu. Cerita Husna lebih kurang je dengan cerita Wanie.10 adik beradik, anak ke-7. Tapi semoga dirang ni semua kekal begitu.

Ain Mardhiah said...

akak, saya beru terperasan sesuatu.. header akak lawaaaaa.. acece, mengikut perubahan cuaca nampak.. haritu pakai autumn kan? comel2...

kak asma, bila salji nak datang tempat kita ha?