Assalamualaikum wbt.
Ha, semalam aku cakap aku kena keluar kan? Meh aku nak cerita ke mana aku keluar. Aku keluar dengan KS dan Cik Fatt selepas Maghrib. Apa - apa hal pun, lepaskan solat dulu. Lepas Maghrib tu, mula bertolak ke Old Arbat Street dengan menaiki bas. Adalah dalam 15 minit.
Old Arbat Street ini memang terkenal di kalangan pelancong yang datang ke Moscow. Biasanya kalau waktu siang, banyak kedai cenderahati yang dibuka. Tengah - tengah jalan biasanya penuh dengan orang jual barang - barang. T - shirt, matryoshka, keychain, magnet, pashmina, muffler dan macam - macam lagi la. Tapi kalau waktu malam, mereka ini biasanya akan membuat persembahan jalanan. Main trumpet, gitar, dan alat - alat muzik yang lain. Dan satu perkara yang menarik tentang jalan ini, di permulaan jalan, kita akan nampak pelukis - pelukis potret melukis gambar pengunjung. Ada potret yang gambarnya seperti muka sebenarnya pelanggan mereka dan ada juga yang dilukis menjadi versi karikatur. Nampaknya satu hari nanti, aku kena juga ada satu simpanan potret aku sendiri.
Aku tak berapa pasti berapa panjang jalan ini, tapi panjang la. Jalan ini ada sejarahnya. Di sini terletaknya statue Pushkin, seorang ahli sastera terkenal Rusia dan isterinya. Di hadapan statue itu, terbinanya rumah tempat mereka sekeluarga tinggal. Dan jalan ini sudah lama. Banyak seni - seni yang ditinggalkan. Dan banyak juga yang telah diperbaharui.
Pertama kali aku jejak ke jalan ini, waktu itu aku di tahun satu. Musim sejuk yang sangat sejuk. Sampai mencengkam tulang. Menyusur sepanjang Jalan Arbat ini buat aku dan rakan - rakan sedikit mengeluh : Bila nak sampai hujung ni? Hehe.. Tapi bila dah biasa pergi, tak rasa jauh pun. Di sini ada satu kedai cenderahati yang agak murah jika kita beli barangnya dalam kuantiti yang banyak. Tambah - tambah lagi tadi aku pergi, mereka sudah boleh bercakap dalam Bahasa Melayu. Sungguh aku terkejut! Mungkin ramai budak Malaysia yang mengunjungi kedai ini. Tak apalah. Lagi senang. Hehe.. Tapi nampaknya tak boleh la nak kutuk lebih - lebih. Mereka faham. Huhu..
Apa lagi. Layan gambar pula la.




**Mood sudah baik. Sudah bersedia untuk raya! Terima kasih kepada sesiapa yang terlibat menjadi pakar kaunseling saya.
**Bilalah aku mahu telefon dan ucap salam raya ke Malaysia ni?
14 comments:
adeh. ks dgn fatt bukak entri ni serentak n sama2 ckp camni: banyak gila gambar minah letak.
huhu.
oh. ks suka gambar 'im dancing in the moon light'.
mau beli dslr jgk. tp duit tadak lg. masih dlm mode kena berjimat. hehe.
sungguh riang gumbira kamu semua..rugi sape yg xdpt join :D
seronoknya dapat jalan-jalan ek.. ^_^
smoga gembira-gembira selalu...
akak, kak asma datang situ ek? oo, datang senyap2. cakap kat dia "melarikan diri dari kenduri kawin ke?" huahuahaua... *mode jahat*
selamat hari raya aidiladha kak wanie! ^_^
dah lama tak tengok gambar kanak-kanak riang ni bergembira. Bestnye.. jalan-jalan cari makan ye..Selamat Hari Raya Aidil Adha Wanie!
salam.
KS :Hehe.. Takpe ks. Kalaupun tak ade yang sendiri punya, pinjam2 lah kita. huhu.. Tak sangka betul Wanie tentang perkara yang KS bgtau td!
Fareena :Memang rugi pun. Contohnya orang tu. Huhu..
Ainul :Lari dari kenduri kahwin? Siapa pula nak kahwin? Tak la, bukan kak Asma. Tapi orang lain.
Akak :Jalan-jalan cari udara segar di tengah Moscow. Hehe..
Untuk semua : Selamat Hari Raya AidilAdha 1429H. Maaf Zahir Batin
Perkara mana satu ye?
KS :Yang tadi la, yang KS dtg bilik wanie tp wanie tgh on phone tu.
oo. pasal tu. hehe. faham dah.
uish. rajinnya wanie update malam raya ni =p
eh, aiseh.. silap baca la akak... kak asma off to morocco cuti eid nih.. terbalik plak morocco ngan moscow.. huhu.. actually ada senior kami kawin raya nih.. so, sekali buat kenduri raya campur kenduri kawen.. ^_^ bertambah lagi pasangan kawin kat irbid nih..
salam.
KS : Hehe.. Malam raya yang tak tahu nak buat apa. Huhu
Ainul :Haah la. Tersilap. Morocco dgn Moscow kan hampir sama bunyi nya. Ha, Awak second yr kan? Bila lagi? Ramai kakak2 senior awk yang dh kahwin tu, dorg berkahwin masa second yr kn? Huhu
ouh, aku terperasan sesuatu yg menarik dlm komen2 di atas. tok ketua shazwany, kamu beli dslr ka? woooaaa!!! mantap2. kalo srumah ngan ko pun, maunya aku truja gak rasa nak beli sama.
salam
Judin : Mana la ada aku beli dslr. Nak capture pun, tak ade seni. huhu..
haish akak... saya tak layak lagi nak kawin la.. perangai pun macam kanak-kanak ribena lagi... takpelah, saya kasi can senior-senior kawin dulu terutama kak asma tu.. haha~
salam.
Ainul :Nak tunggu KAk Asma awk tu kawen? Berjalan saja kerjanya! haha.. Asma, hg jgn marah naa.. hhuhuhu
Post a Comment